Tuesday, March 22, 2011

Malaysia vs Liverpool & Chelsea 2011

According to Berita Harian, Chelsea and Liverpool will play a friendly match against Malaysia in July this year for their pre-season tour in Bukit Jalil.

Most likely there will be another top BPL team to join Chelsea and Liverpool against Malaysia, it will definitely be either Arsenal or Man City.

Malaysia vs Liverpool (confirmed)

Malaysia vs Chelsea (confirmed)

Malaysia vs Arsenal (most likely)

Malaysia vs Manchester City (maybe)

"KUALA LUMPUR: Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.

Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya mendapat persetujuan daripada kedua-dua kelab itu dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.

"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.

Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.

Manakala pasukan The Blues (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - BERNAMA"

2 comments:

Ash said...

perlawanan yg akan mencipta sejarah dan bakal mendapat liputan meluas..
tidak ada mana2 negara yg mendapat peluang sebegini bermain bersama 3 kelab gergasi epl dlm tempoh yg singkat...

joe entech said...

hahaha,,,... kalo leh bantai sumer kelab inggeris nie....kasi up nama team malaysia skit....

Post a Comment